Memilih Agen Nikah
Memandangkan banyak sindiket nikah palsu yang beroperasi di seluruh Malaysia dan Thailand, setiap pasangan harus berhati-hati. Jika tidak, kemungkinan nikah tidak sah, atau bermasalah untuk mendaftar nikah tersebut di Malaysia.
Berikut adalah beberapa perkara yang harus dipertimbangkan:
- Elakkan nikah di sempadan di kawasan Malaysia, sedangkan jurunikah/wali hakim adalah dari Thailand, dan surat nikah akan dikeluarkan dari Thailand. Besar kemungkinan nikah demikian tidak sah dan tak boleh di daftar di Malaysia.
- Elakkan agen yang membawa ke Wilayah selain Songkhla, kerana kemungkinan besar agen tersebut tidak akan membawa ke Songkhla untuk mendapatkan surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.
- Berhati-hati sekiranya agen meminta wang pendahuluan atau deposit. Tidak ada sebab bagi agen untuk meminta wang pendahuluan. Semua bayaran harus dibuat pada hari nikah, bukan lebih awal dari itu.