PAKEJ NIKAH KAHWIN DI THAILAND
KHIDMAT NIKAH KAHWIN DI THAILAND
SERENDAH RM 1,800 SAHAJA..!!
(Tawaran bermula Januari sehingga Disember 2015)
Pakej yang kami tawarkan:
1) Pengangkutan 3 hari 2 malam - kereta sewa khas (Rm750).
2) Penginapan 3 hari 2 malam (Rm300).
3) Makan tengah hari untuk pasangan (Rm100).
4) Bayaran kepada Majlis Agama Islam Songkhla (Rm400).
5) Bayaran kepada Imam jurunikah / Qadhi (Rm50).
6) Bayaran kepada 2 orang saksi / Naib Qadhi (Rm100).
7) Bayaran kepada Konsulat Jeneral Malaysia (Rm70).
8) Nota panduan pendaftaran nikah luar negara (Rm30).
Keputusan Persidangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Mesyuarat memutuskan bagi perkahwinan yang tidak mendapat kebenaran bernikah dari JAIN, semua pihak sama ada di Malaysia mahupun di Selatan Thailand hendaklah memastikan perkahwinan yang dijalankan mengikut hukum syara’ dalam masa sama hendaklah mempunyai dokumen-dokumen utama seperti mempunyai dokumen keluar masuk sempadan Malaysia – Thailand yang sah, perakuan dari pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Selatan Thailand, serta sijil nikah yang sah dari Majlis Agama Islam yang diiktiraf oleh kerajaan Thailand.
(Dipetik daripada portal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia - http://www.islam.gov.my/bila-dua-kuasa-duduk-bersama)
Hubungi: 014-9100 424 (Ustaz Fadzil)

Menguruskan hal ehwal agama Islam termasuk nikah kahwin, cerai, rujuk dan sebagainya. (Nikah Kahwin di Thailand)

Bagi memudahkan pasangan membuat sesi penggambaran secara berpasangan atau bersama keluarga. (Nikah Kahwin di Thailand)

Telah bersetuju mengadakan hubungan kerjasama dengan kerajaan Thailand dalam hal ehwal agama Islam. (Nikah Kahwin di Thailand)

Menguruskan hal ehwal agama Islam termasuk nikah kahwin, cerai, rujuk dan sebagainya. (Nikah Kahwin di Thailand)
Segala proses pernikahan yang dijalankan adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi serta Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.
Proses Nikah di Thailand
Pasangan yang nikah di Thailand bersama kami akan kami bawa terlebih dahulu ke Majlis Agama Islam Songkhla (MAIS) di Klong Hae, yang terletak diantara Bandar Hat Yai dan Bandar Songkhla. Perkahwinan akan berlangsung di MAIS sejurus selepas tiba di sana. Dalam tempoh 30 minit selepas perkahwinan, MAIS akan menyerahkan surat nikah dan surat pengesahan nikah kepada pasangan. Surat pengesahan nikah ini ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla. Selesai urusan nikah pasangan akan di bawa ke hotel untuk berehat.
Hari kedua, kami akan bawa pasangan ke Konsulat Malaysia di Bandar Songkhla untuk memohon surat pengesahan nikah dari Pejabat Konsulat Malaysia. Selesai urusan di Pejabat Konsulat, kami akan bawa pasangan untuk jamuan makan tengah hari di restoran Islam di tepi pantai Songkhla. Selepas makan, pasangan akan di bawa berjalan-jalan di sekitar Songkhla dan Hatyai. Banyak tempat menarik seperti Floating Market, Kimyong Market, Central Festival, Chang Phuak Camp dan lain-lain lagi. Menjelang malam pasangan boleh berehat sementara menunggu keesokan hari.
Keesokan harinya, kami akan datang ke hotel untuk menjemput pasangan dan terus ke Pejabat Konsulat untuk mengambil surat pengesahan. Pasangan akan mendapat semua dokumen lengkap pada hari ke-3. Setelah selesai semua urusan, kami akan bawa untuk makan tengah hari sebelum bertolak balik ke Malaysia melalui imigresen Bukit Kayu Hitam.
Dokumen yang Perlu Dibawa ke Thailand
Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
-
Kad pengenalan
-
Pasport atau Pas Sempadan
-
Bagi janda, bawa surat cerai atau surat kematian suami yang asal
-
Bawa juga videocam (kamera atau telefon berkamera) untuk merakamkan akad nikah
Pemilihan Tarikh Pernikahan/ Perkahwinan
Pilih tarikh mana-mana dua hari bekerja untuk nikah di Thailand supaya pasangan boleh balik dengan dokumen yang lengkap iaitu; surat nikah, surat pengesahan nikah dari MAIS serta surat pengesahan dari Konsulat Malaysia.
Sekiranya pasangan menghadapi kesukaran untuk pergi pada hari bekerja, pasangan boleh pergi pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) untuk urusan nikah terlebih dahulu, manakala urusan surat pengesahan Konsulat Malaysia boleh dibuat kemudian.
Keperluan Visa untuk memasuki Thailand
Rakyat ASEAN dan negara-negara tertentu tidak memerlukan visa untuk memasuki Thailand. Ada baiknya membuat semakan di kedutaan Thai di Malaysia tentang keperluan visa bagi pasangan yang bukan berasal dari negara ASEAN.
Penduduk negara-negara berikut mungkin perlu kembali ke negara mereka untuk membuat visa sebelum ke Thailand; Afghanistan, Algeria, China, Egypt, India, Iran, Iraq, Lebanon, Libya, Pakistan, Palestine, Sri Lanka, Sudan, Syria dan Yemen.
003648462
Fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :
1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah
2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.
Sila rujuk: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kahwin-lari-di-selatan-thailand-0